Selasa, 21 Mei 2013

ORIENTALISME


SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME DAN PEMBAGIANNYA

Achmad Jedi

1.     Pengertian Orientalis

Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah Asia Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang boleh membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip (Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti (Barbarisme , Heroisme) atau yang menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain ( Americanism) (Hawkins 1989,434)
orientalisme adalah sebuah istilah yang berasal dari kata “orient” bahasa prancis yang secara harfifah berarti “Timur”. Sedangkan secara geografis berarti “dunia belahan timur”, dan secara etnologis berarti “bangsa-bangsa timur”.
Sedangkan “isme” (bahasa Belanda) atau “Ism” (bahasa Inggris) menunjukan pengertian tentang suatu paham. Jadi Orientalisme adalah suatu faham atau aliran yang berkeinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan dengan bangsa-bansa timur dan lingkungannya.

Adapun orientalis adalah ilmuan barat yang mendalami masalah-masalah ketimuran, yang tercakup didalamnya tentang bahasa-bahasa, kesusastraan, peradaban dan dan agama-agamanya.     
Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama . Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan tamadun secara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam apabila menyebut ungkapan oreintalis (al Isytishraq).

Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpritasi untuk
Oreintalime:
a.       Pengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka ia digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.
b.      Oreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan- perbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan Occident. Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis , antaranya penyair , novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas di antara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikan teori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur.
c.       Pengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 , Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap Timur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan memilikkuasa ke atas Timur.

2.     Sejarah lahirnya Orientalis
Tidak ada satu sejarah yang tepat dan jelas kapan munculnya orientalis. Bagi sejarawan barat mereka mencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionference yang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew dan Syria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50)
Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum sejarah perhimpunan gereja di Vienna, tetapi ia merupakan suatu aktivitas atau gerakan yang tidak resmi. Oleh karena itulah para pengkaji Eropah tidak mau berpegang dengan sejarah itu dan kajian terus dijalankan bagi yang menentukan sejarah permulaan oreintalisme berdasarkan tahun-tahun anggran .
Menurut rekod kristian, golongan pendeta kristen yang terawal mengkaji Islam ialah Yuhana al Dimashqi (676-749M) yang telah menghasilkan beberapa buah buku yang berbentuk panduan untuk mengadakan dialog atau panduan untuk berurusan dengan kaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalah seorang kristian dari Timur yang hidup di zaman kerajaan umawiyyah dan pernah berkhidmat di istana kerajaan itu, maka ia tidak boleh dikira sebagai sejarah permulaan yang sebenarnya. Ada sebagian pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi, sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasa arab di Eropa bermula pada kurun ke dua belas. Pada masa yang sama juga al Quran telah diterjemah ke Bahasa Latin dan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(Dr Mustafa Mahir, 1967. al Dirasat al Islamiyah Fi al Jamicah alcIlmaniyah)
Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yang ke sepuluh Masihi. Pendapat ini di dokung oleh Najib al-Aqiqi yang mengatakan bahawa oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepada wujudnya seorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut ke Andalusia di Sevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah pada zaman itu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak. Beliau kemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai nama Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi. (alcAqiqi, al Mushtashriqun , 1:110)
3.     Dorongan Dan Tujuan Orientalis

1.     Tujuan Akademik,
Aktivitas dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan mendalami selok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan diantara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran maklumat , penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain disebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gereja- gereja di Veianna yang telah berlaku pada tahun 1312 M.

2. Tujuan Keagamaan ;
Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakini bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman oreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa arab dan Kajian Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut : (zaqzuq 1984 , 66) :-
Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain bahawa Islam adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi, merendah-rendahkan nilai-nilai Islam dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi Islam dan lain-lain .
Memelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara menutup kebenaran Islam, meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan Islam serta memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam .
Di sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan oreintalis dalam setiap kegiatan dan kajian “ilmiah” yang mereka lakukan iaitu matlamat untuk menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu mereka telah cuba sedaya upaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.
Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan oreintalais itu sendiri adalah dimulakan oleh gereja, Pada mereka . Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yang mengancam kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang, Kegiatan oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripada kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiri tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan dengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang Islam dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi, al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan apa yang sebenarnya, adalah memperlihatkan matlamat dan tujun ini.
4.     Pembagian Orientalis
Orientalis-orientalis yang Objektif
Hardrian Roland (meninggal tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur pada Universitas Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism, dua jilid, dalam bahasa Latin (1705 M). Tetapi gereja-gereja di Eropa memasukkan buku tersebut sebagai buku terlarang.
Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut diingat. Ia dituduh zindik (atheis) karena sikapnya yang positif terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam mengembangkan dan menampilkan Arabic Studies di Jerman.
Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang menekuni sastera dan nahwu. Ia menghindari terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.
Thomas Arnold (1864—1930 M) dari Inggris. Bukunya yang berjudul Preaching in Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab
Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan filosof materialis. Ia tidak pernah percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyoroti peradaban Islam. Kajian-kajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidak memperdulikan dan tidak menghargainya.
Z. Honke buku-bukunya dinilai sebagai objektif dikarenakan menampilkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara Bukunya yang termasyhur ialah Matahari Arab Bersinar di Barat.
Jack Burke Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut Dr. Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong moderat.
Orientalis Fanatik
Goldziher (1850—1920 M), orientalis berdarah Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Islamic Studies di Eropa. Ketokohan dan sekaligus kefanatikannya tidak dapat diingkari.
J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang anggota Dewan Redaksi Majalah Islamic Studies.
S.M. Zwemer, orientalis dan zending Kristen , adalah pendiri majalah Islamic World Amerika. Bukunya yang bernada fitnah antara lain Islam Memasung Aqidah, terbit tahun 1908 M dan Al-Islam yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan pada mu'tamar Kristenisasi II tahun 1911 M di Lucknow India.
G. Von Grunebaum, Yahudi berkebangsaan Jerman ini belajar di universitas-universitas Amerika. Tulisannya antara lain ; Upacara-upacara Agama Muhammad, terbit tahun 1951 M dan Beberapa Studi Tentang Sejarah Kebudayaan Islam, terbit tahun 1854 M.
A.J. Wensinek, adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul Aqidah Islam, terbit tahun 1932, mengandung banyak kecaman terhadap Islam.
K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku Da'wah dan Menara Adzan yang terbit tahun 1956 M.
L. Massignon, zending Kristen berkebangsaan Perancis ini pernah menjadi penasehat pada Departemen Koloni Perancis Urusan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam, terbit tahun 1922 M.
D.B. Macdonald orientalis dan zending Kristen yang terkenal fanatiknya ini berkebangsaan Amerika. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara, terbit pada tahun 1930 M, dan buku Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam, terbit tahun 1908 M.
M. Green, sekretaris Dewan Redaksi Majalah Timur Tengah.
D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis Inggris yang sangat fanatik ini pernah menelorkan Thaha Husain dan Ahmad Amin dari sekolahnya. Buku-bukunya antara lain:
- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit tahun 1913 M.
- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit tahun 1905 M.
- Universitas Islam, terbit tahun 1912 M.
A.J. Arberry, adalah orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain;
- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.
- Tashawwuf terbit tahun 1950 M.
Baron Carra de Vaux Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk seorang tokoh penting Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam.
H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis Inggris penulis buku Mohammedanizm, terbit. tahun 1947 M dan Aliran-aliran Modern dalam Islam terbit tahun 1947 M.
R.A. Nicholson, orientalis Inggris yang menolak kespiritualan Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah Shufi-Shufi Islam, 1910 dan Sejarah Kesusastraan Arab, 1930 M.
Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik penulis buku Al-Islam dan Tha'if Ia juga termasuk Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam.
J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku Ushul Fiqh Islam.
Blacherc yang pernah bekerja pada Departemen Luar Negeri Perancis sebagai staf ahli untuk urusan Arab dan ummat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-Islam.


Tidak ada komentar :

Posting Komentar